15 December 2013

Tajuk - Perisian Persembahan

Objektif Bab:

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
  •  Menghasilkan sesuatu persembahan dengan lebih mudah dan berkualiti menggunakan perisian komputer.
  • Menjadikan perisian ini sebagai platform memudahkan untuk menukarkan paparan numerik ke dalam bentuk grafik dan multimedia yang lebih mudah untuk disampaikan.
  • Menghasilkan persembahan yang lebih menarik dan interaktif.


Apa itu Power Point:
  • Power Point merupakan salah satu dari jenis aplikasi persembahan yang paling banyak digunapakai. Di dalam Power Point, setiap persembahan boleh terdiri daripada satu paparan atau lebih dari satu paparan. Paparan yang dimaksudkan di sini merupakan satu muka surat atau lembaran yang membantu memaparkan material persembahan yang ingin ditayangkan.


Terdapat beberapa fungsi asas yang biasa akan digunakan seperti :
  •  Bar Menu
  •  Ribbon
  • Bar Tajuk
  • Slaid
  • Senarai Slaid
  •  Nota Slaid
  • Zoom Slaid


Bar Menu:
  • Memaparkan siri menu-menu yang merupakan arahan-arahan yang boleh dilaksanakan dalam Power Point. Arahan-arahan ini adalah untuk membolehkan operasi-operasi berkaitan fail seperti membuka, menyimpan atau mencetak satu fail berisi slaid-slaid persembahan. Selain itu, ia juga mempunyai menu untuk memformat kandungan persembahan dan menyunting kandungan persembahan. Menu boleh dipilih dengan mengklik pilihan mana-mana menu dengan butang kiri tetikus di atas menu tersebut. Bar menu mempunyai 7 pilihan menu yang membolehkan beberapa operasi diperlukan.
Ribbon:
  • Ialah bar yang menunjukkan ikon-ikon yang kerap digunakan untuk setiap operasi bagi menu bar. Setiap menu bar yang dipilih akan memaparkan ikon yang berbeza-beza. 

Bar Tajuk:
  • Memaparkan nama fail yang sedang disunting.


Slaid:
  • Ialah ruangan slaid yang sedang disunting. Sebarang maklumat akan dimasukkan ke dalam ruangan ini. 

Senarai Slaid:
  • Memaparkan senarai slaid yang telah wujud dalam sesuatu fail persembahan. 
Nota Slaid:
  • Memudahkan pengguna memahami sesuatu slaid itu disediakan untuk tujuan apa.


Zoom Slaid:
  • Memudahkan pengguna memaparkan saiz slaid yang berbeza-beza semasa proses suntingan dilaksanakan.


  • Operasi-operasi yang terdapat dalam Bar Menu :
Pilihan Menu
Fungsi Menu

Home
Menjalankan operasi ke atas fail, menyunting fail dan memformat persembahan
Insert
Membantu pengurusan slaid dan memasukkan maklumat-maklumat dalam pelbagai bentuk ke dalam persembahan seperti jadual, gambar, animasi, audio dan video
Design
Membantu mereka bentuk kandungan slaid supaya lebih menarik dan interaktif
Animation
Membantu menghasilkan pergerakan slaid supaya lebih menarik semasa persembahan
Slide Show
Pelbagai kemudahan untuk paparan persembahan
Review
Kemudahan tambahan yang membantu dari segi semakan ejaan dan keselamatan fail
View
Untuk paparan pelbagai bentuk